Kusut


Hmm... Agak lama gak la aku tinggalkan blog ni, bukan takde masa nak update. cuma kepala tengah kesut memikirkan kerja tak dapat² lagi, Adeh!!! sesak nafas aku ni tak kerja² lagi.
pegi interview sana sini tapi panggil pun tak, kesian wife aku terpaksa berhempas pulas. adeh rasa mcm nak pecah ada gak kepala aku ni, mana nak bayar itu ini lagi ADOI!!!!

Still Don't Have A Job


Adeh!! kalau ada benda ni lama dah aku letak kat kepala aku ni. sampai sekarang aku still tak dapat² kerja lagi, dah cuba dah sana sini still menunggu gak. hmm entah bilanya nak kerja pun tak tau org dah mula pikir bukan² dah. hutang nak di bayar lagi adeh!! kalau hidup sorang dah merempat kemana-mana dah aku ni. nasib la ada wife aku, tu pun kesian kat wife aku tak cukup nak bayar hutang dgn gaji dia sorang. dgn kereta nak di bayar umah lagi, anak² lagi. nak menyamun tak tau kat mana. mungkin sebab ni la banyak penyamun kerna sesak dengan hidup, nak kerja susah sangat nak dpt. kata org memilih kerja masalanya banyak employer yang memilh, nak bangsa cina la nak pengalaman 3-4thn la, mcm mana org nak ada pengalaman kalau tak di bagi kerja. itu swasta kalau goverment lagi la putih mata nak dapat. nak ada surat sokongan la, takde org dalam takan dapat nya la, sebab tu perkerja goverment sampai kecucu cicit anak suadara mara je yang banyak org lain takde.

Happy Mother's Day

Hoh... Lama tak mengaupdet blog ku ini.. busy tak la cuma banyak perkara kena urus. adeh!!! masuk ni dah 2 bln lebih aku tak kerja lagi, mana nak cari kerja ni adoi.. dah puas pi interview sana sini takde gak yang sangkut². ni dah mati akal banyak benda nak bayar kalau mcm ni terus menerus susah la, wife aku yang sengasara nak tanggung sorang.

sempena Mother's Day ni kami ucapkan selamat untuk ibu moga panjang umar murah rezeki Thanks jadi ibu yang baik untuk anak² papa.

Papa, Adam & Aryan always love ibu




Broke Husband



Hmm.. memang susah kalau dah broke ni jangan kata kawan, keluarga sendiri pun dah tunjuk muka masam. Bukan tak nak kerja, kerja dah puas di cari, tapi tak dpt² gak. nak dapatkan kerja bukan senang mcm nak beli ikan di pasar, tinggal tunjuk bayar leh terus dapat.

Ya!! dulu aku kerja, kenapa sebab aku berenti. sebab aku manusia bukan binatang, dari subuh blom matahri timbul aku dah terpacak mcm tiang, tak kira panas atau hujan, sampai la matahari terbenam. aku rasa hanya 10% je dalam dunia ni manusia boleh buat macam tu. bukan aku memilih kerja tapi mcm aku cakap aku ni manusia, kerana nak membesarkan anak dan menyenangkan isteri aku bertahan, tapi sampai bila? orang semua tak fikir macam mana kerja macam aku, bila nak rehat tunggu di arah, bila nak ke toilet kena bagi tau. banyak ke orang dalam dunia ni boleh buat mcm tu? ya mungkin aku takde kelulusan, nak duduk di dalam bilik yang ada aircon, pakai tie, bebas nak makan kul berepa boleh tak makan pun takpe, kerja tak berdiri, nak gi merekok takde org larang, nak sarapan pagi boleh. Begini la nasib org yang malang macam aku ni, Mak Bapa dah tak ada, berdiri sendiri jela nak mengadu dengan sapa kalau dah susah?

Sorie bu. bukan papa sengaja nak kita susah mcm ni. bu pun tau kan kalau papa kerja apa yang bu atau anak nak papa tunaikan, biarla papa pejam mata apa yang papa nak. janji bu & anak senang. Papa dah cuba apa yang papa mampu.

P/s mak.. kalau la mak masih hidup mak tentu tak biarkan anak mak susah macam ni.

Life of Pain


my life will extinguish soon

Cuti² Malaysia

Hohohohoho!!! lama gak aku tak update, busy dgn family, start dari birthday adam 1st may hari tu aku busy melayan anak², lagi pun wife aku cuti 4 hari, apa lagi cuti² malaysia la kami sekeluarga. Tak ke mana pun bawa anak² jalan² area KL ni je pi main layang², pi mkn Mc`D, pi umah mak tok, selebihnya lepak kat umah tengok astro hehehehehe... Cepat sangat masa berlalu 4 hari mcm sekejap je, hari ni wife aku dah start kerja, aku macam biasa la duk umah jaga budak². update blog, usha² kerja yang di tunggu tak gak dapat² adeh... Eh!! lupa Happy Birthday ADAM!!! Sorie tahun ni birthday adam kecil²lan je, papa tak dapat bagi adam hadiah, papa doakan adam semoga panjang umur murah reziki, dah 2thn dah anak aku sorang ni, tak lama lagi adam boleh gi sekolah, ramai kawan².

Gambar ni kalau tak silap aku, aku tengah bergaduh dengan adam sebab layang2 putus.

Budak sorang ni pulak boleh layan tido tengah2 panas tu.

Haa.. ni dia orang 1st time pijak tanah.

Ni pulak sesi di umah maktok, hai sampai ke kaki tu nak buai ayun tu Hahahaha!!!


Ni je la pic yang aku ada yang selebihnya ade kat blog wife aku.

 
©2009 Judgement Day | by c h o h a z a ® d