Broke Husband



Hmm.. memang susah kalau dah broke ni jangan kata kawan, keluarga sendiri pun dah tunjuk muka masam. Bukan tak nak kerja, kerja dah puas di cari, tapi tak dpt² gak. nak dapatkan kerja bukan senang mcm nak beli ikan di pasar, tinggal tunjuk bayar leh terus dapat.

Ya!! dulu aku kerja, kenapa sebab aku berenti. sebab aku manusia bukan binatang, dari subuh blom matahri timbul aku dah terpacak mcm tiang, tak kira panas atau hujan, sampai la matahari terbenam. aku rasa hanya 10% je dalam dunia ni manusia boleh buat macam tu. bukan aku memilih kerja tapi mcm aku cakap aku ni manusia, kerana nak membesarkan anak dan menyenangkan isteri aku bertahan, tapi sampai bila? orang semua tak fikir macam mana kerja macam aku, bila nak rehat tunggu di arah, bila nak ke toilet kena bagi tau. banyak ke orang dalam dunia ni boleh buat mcm tu? ya mungkin aku takde kelulusan, nak duduk di dalam bilik yang ada aircon, pakai tie, bebas nak makan kul berepa boleh tak makan pun takpe, kerja tak berdiri, nak gi merekok takde org larang, nak sarapan pagi boleh. Begini la nasib org yang malang macam aku ni, Mak Bapa dah tak ada, berdiri sendiri jela nak mengadu dengan sapa kalau dah susah?

Sorie bu. bukan papa sengaja nak kita susah mcm ni. bu pun tau kan kalau papa kerja apa yang bu atau anak nak papa tunaikan, biarla papa pejam mata apa yang papa nak. janji bu & anak senang. Papa dah cuba apa yang papa mampu.

P/s mak.. kalau la mak masih hidup mak tentu tak biarkan anak mak susah macam ni.

1 comments:

Ezna said...

Yang, tak pernah pn sekali bu ragu2 dgn papa..kita susah, ada org lg susah dr kita..alhamdulillah dgn apa yg allah bg pd kita sekarang..yg penting, kita jgn putus asa & terus mencuba..kasih sayang bu bukan setakat sini jek..sampai akhirat bu sayang papa..jgn la papa sedih2 ye..walau apa pun, kita kena tabah hadapi dugaan dr allah..

dan sekurang2 nya arwah mak tinggalkan papa pada bu..itu pun dh cukup senang hati mak di sana..yg penting, kita yg masih hidup ni, harus teruskan perjuangan..demi adam & aryan..

Post a Comment

 
©2009 Judgement Day | by c h o h a z a ® d